Nora, Nedim bakal bersatu dengan ikatan pernikahan?

Pada: Rabu, 21 Oktober 2015
Hubungan diantara Nora Danish dengan Nedim agak misteri, adakah sebenarnya mereka bercinta atau menyembunyikan sesuatu daripada dunia luar.

Namun beberapa kali Nora menegaskan mereka sudah berpisah tapi hanya untuk sementara waktu sahaja. Kemungkinan mereka akan bersatu kembali.
"Sebenarnya situasi kami sangat rumit ketika menjalinkan hubungan cinta dan sebab itu kami mengambil.keputusan untuk berpisah bagi menyelesaikan beberapa masalah.

"Jujurnya kami memang berkawan dan Alhamdulillah sudah 80 peratus masalah sudah diselesaikan. Selepas satu demi satu dapat diselesaikan, situasi hubungan kami berbeza walaupun status kami hanya kawan.

"Bagaimanapun saya harap orang ramai jangan terkejut sekiranya kami membuat keputusan untuk berkahwin," katanya kepada mStar Online.

Tag : , , , , ,

Komen Anda..

-komen dengan berhemah. terima kasih.
-sila refresh page (F5) untuk komen terbaru..