Nelydia Senrose, Qi Razali sah putus cinta sebab..

Pada: Isnin, 5 Oktober 2015
Nelydia Senrose akhirnya membuka mulut mengenai hubungan cintanya bersama pelakon Qi Razali, 38. Dia mengakui, cinta serta kasih yang disulam selama hampir tiga tahun tidak dapat diteruskan selepas masing-masing membawa haluan sendiri baru-baru ini.

“Terus terang, buat masa ini saya selesa bersendirian dan tidak mahu fokus fasal cinta.

“Kalau boleh, saya mahu buat keluarga bangga dengan pencapaian dalam kerjaya sebelum melangkah ke fasa seterusnya baik dalam alam perkahwinan ataupun perkara lain yang bakal saya ceburi.

“Saya sedar sebelum ini banyak cerita yang mengatakan saya sedang dalam persiapan untuk mendirikan rumah tangga tetapi sebenarnya tidak ada-apa perancangan yang dilakukan.

“Berilah saya peluang untuk fokus kepada diri terlebih dulu. Saya tidak kisah jika cinta hadir kemudian. Apa yang paling penting sekarang ini saya mahu sayangkan diri saya dulu. Ini bukan bermakna saya pentingkan diri sendiri tetapi saya mahu meletakkan diri saya di satu tahap yang berbeza supaya orang lain tidak mudah memperkotak-katikkan diri ini,” jelas Nelydia secara eksklusif kepada Sensasi Bintang.

Tag : , , , , , ,

Komen Anda..

-komen dengan berhemah. terima kasih.
-sila refresh page (F5) untuk komen terbaru..