Mila Jirin sudah edarkan kad perkahwinan, akan berkahwin pada..

Pada: Isnin, 19 Oktober 2015
Mila Jirin sudah mengedarkan kad perkahwinannya beberapa hari lalu. Mila memilih tarikh 11 November ini untuk bergelar isteri kepada Isz Mustapha.

Majlis penuh makna itu akan dilangsungkan di Masjid Husna, Pusat Bandar Puchong, Selangor.

“Semua rancangan perkahwinan saya lakukan sendiri dan mengikut apa yang saya mahu. Cuma ada sedikit idea yang diberikan oleh keluarga. Namun keseluruhannya adalah seperti yang saya idamkan.

“Saya tidak mengambil sebarang tajaan kerana bimbang akan timbul masalah kemudian hari. Jadi gunakan khidmat katering dan pakej perkahwinan sendiri sahaja. Inilah masa untuk saya perkenalkan perniagaan dan juga tanda saya yakin dengan perkhidmatan syarikat sendiri.

“Sememangnya sebagai seorang wanita, rasa tidak sabar untuk segera bernikah. Namun dalam masa yang sama pelbagai perkara yang bermain di fikiran terutama tentang bagaimana situasi selepas bergelar isteri nanti.

“Kami telah kenal lama dan sejak tiga tahun lalu barulah mula rapat dan serius merancang masa depan. Selepas sasaran untuk stabil dalam perniagaan tercapai, kami rasa ini masa terbaik untuk berumah tangga,” Mila memetik ManggaOnline.

Tag : , , , , ,

Komen Anda..

-komen dengan berhemah. terima kasih.
-sila refresh page (F5) untuk komen terbaru..