Lana Nordin kini berbadan dua.. Tahniah!

Pada: Ahad, 4 Oktober 2015
Tahniah kepada pelakon Lana Nodin yang kini disahkan hamil. Lana memberitahu yang dia kini sedang mengikuti suaminya, David di luar negara untuk bertugas namun ingin bersalin di Kuala Lumpur jika tiada halangan.
“Alhamdulillah, kami dikurniakan rezeki awal. Ikut perancangan kami mahukan anak selepas dua tahun berkahwin, tapi itu semua ketentuan Allah SWT dan kami bersyukur. Jika difikir balik, semua itu ada hikmah kerana usia kami bukannya muda lagi”

“Sekiranya dua tahun dari sekarang baru nak dapat anak, saya rasa agak lambat juga. Apatah lagi saya mahukan empat anak,” jelas Lana memetik portal Harian Metro.

Tag : , , , , ,

Komen Anda..

-komen dengan berhemah. terima kasih.
-sila refresh page (F5) untuk komen terbaru..