Izreen Azminda tuduh bekas suami tinggal bersama kekasihnya.. PANAS!

Pada: Rabu, 28 Oktober 2015

Bekas Suami Izreen Azminda Jawab Isu Bersekedudukan Dengan Teman Wanita
Sebelum ini pelakon, Izreen Azminda ada mendakwa yang bekas suaminya, Muhamad Riza duduk serumah dengan kekasihnya dan membawa anak mereka bersama, lantas dengan dakwaan itu, bekas suami Izreen,  Muhamad Riza telah tampil membersihkan namanya dan menafikan dirinya bersekedudukan dengan kekasihnya.

Menurut Riza, beliau kini tinggal bersama adik bongsunya dan seorang pembantu jurukamera. Jelas beliau isu tersebut timbul setelah satu kejadian kecil berlaku sewaktu Riza memperkenalkan kekasihnya itu kepada anaknya Adrian Umar memetik sebuah blog hiburan.

Sumpah dengan nama Allah saya tidak tinggal dengan mana-mana perempuan atau kekasih saya, sekarang saya tinggal bersama adik bongsu saya dan pembantu jurukamera.

Saya faham keadaan Izreen Azminda dan tidak akan sakitkan hati ibu kepada anak saya. Saya juga tiada niat nak kenalkan kekasih baru kepada anak saya cuma ia berpunca daripada satu kejadian kecil. Saya malas besarkan isu ini, biarkan sahajalah.
Tambah Riza, sejak mereka berpisah Izreen tidak pernah membenarkan Adrian bermalam dirumahnya dan beliau hanya boleh berjumpa dengan anaknya selepas selesai dengan pekerjaan beliau. Buat Riza, beliau mempercayai Izreen memberikan komen sebegitu kerana dipengaruhi oleh beberapa pihak.
Penjagaan anak saya serah pada Izreen, saya akan berjumpa anak bila saya habis kerja awal sahaja. Nak tidur dengan anak memang Izreen tak bagi, jadi saya ikut sahaja kehendaknya untuk puaskan hati dia.

Saya tahu Izreen itu macam mana, dia akan melenting begini jika ada orang yang cucuk dia. Biarlah orang nak tuduh saya apa sekalipun kerana saya bukan artis.
Izreen Azminda dan Riza bergelar suami isteri pada 31 Ogos 2012, mereka dikurniakan seorang anak lelaki bernama Adrian Umar sebelum membuat keputusan untuk berpisah pada 9 Jun 2014.

Tag : , , , , , ,

Komen Anda..

-komen dengan berhemah. terima kasih.
-sila refresh page (F5) untuk komen terbaru..