Ini sebab mengapa Erma Fatima tak jadi bercerai dengan Bade!

Pada: Rabu, 7 Oktober 2015
Semalam Erma Fatima memberitahu yang dia menarik balik permohonan cerai yang dibuatnya kepada suaminya, Bade Azmi. Keputusan itu dibuat pada 3 minggu lalu kerana melihat kesungguhan Bade yang masih mempertahankan rumahtangganya itu.

Erma mengakui yang dia dan Bade sebenarnya tidak mempunyai masalah rumah tangga namun punca dia memfailkan cerai kerana masalah lain yang berkait dengan perkahwinan mereka. Erma menerima jika dia mempunyai madu tapi tidak mahu mengambil berat mengenai hal rumahtangga madunya itu.

Bade kini sudah berkahwin dengan Aida dan dikurniakan seorang anak.


"Saya tak jadi cerai. Keputusan itu dibuat pada tiga minggu lalu. Saya tengok Bade bersungguh-sungguh mahu menjaga hubungan kami.

”Keputusan itu juga dibuat selepas suami bersungguh-sungguh desak saya tarik balik fail cerai itu. Apatah lagi sudah 27 tahun perkahwinan kami,

"Kami tak bergaduh pun. Penceraian ini tiada kaitan dengan Bade, tetapi kerana masalah lain, ia mengganggu perkahwinan kami.

"Mungkin saya beri peluang pada diri dan Bade untuk menerajui kehidupan bersama. Saya harap perkara ini tidak akan berlaku lagi,"

Tag : , , , , , ,

1 Komen:

kerja sendiri 9 Oktober 2015 12:27 PG

oklah tu terima madu, semoga para isteri di luar sana pun boleh terima ada madu.

Komen Anda..

-komen dengan berhemah. terima kasih.
-sila refresh page (F5) untuk komen terbaru..