Harith Iskander timang anak ke-3 (gambar bayi)

Pada: Selasa, 27 Oktober 2015
Harith Iskander Musa teruja menyambut kelahiran anak ketiganya yang selamat dilahirkan pagi semalam (26/10/2015).

Harith, 49, menerusi status akaun sosial Instagram dan Facebook miliknya berkata, kelahiran bayi lelaki yang dinamakan Zydane Xayne Iskander itu menyerikan lagi kehidupan mereka sekeluarga.

"Katakan hello kepada ahli terbaharu keluarga saya, Zydane Xayne Iskander. Kedua-dua ibu dan anak berada dalam keadaan sihat dan selamat," katanya menerusi status berkenaan.
Bagaimanapun, Harith yang dihubungi tidak menjawab mesej dan panggilan dibuat kerana masih sibuk dengan urusan kelahiran bayi itu.

Harith yang mendirikan rumah tangga dengan doktor dan model, Jezamine Lim sejak lima tahun turut dikurniakan sepasang cahaya mata, Zander Xayne Iskander, 3, dan Alessandra Jayne Iskander, 1. -HMetro

Tag : , , , , , ,

Komen Anda..

-komen dengan berhemah. terima kasih.
-sila refresh page (F5) untuk komen terbaru..