Bila Awie tampil bercakap mengenai 1MDB, sentap!

Pada: Selasa, 20 Oktober 2015

Komen Sentap Awie mengenai 1MDB
Siapa-siapa orang terkenal yang berani menegur 1MDB kemungkinan bakal terjadi sesuatu pada dirinya kelak. Itu tak pasti, Wallahualam, namun ramai dah terbukti, siapa tegur, tak kira artis, atau orang kenamaan.

Terkini, Awie tampil untuk memberikan pendapatnya yang berbeza mengenai isu 1MDB ini. Bagi Awie, banyak permasalah yang timbul seperti menjejaskan nama baik Negara, sentimen perkauman dan dan sebagainya dan ini harus diselesaikan dengan segera.
“Kalau boleh, kita mahu perkara ini diselesaikan dengan baik sebab imej Malaysia sangat tercemar ketika ini,

“Saya buka Internet, contohnya di YouTube. Ramai orang yang mengutuk dan ia amat memalukan.

“Jangan sampai rakyat pun malu untuk mengaku tinggal di negara ini,

“Kita boleh lihat sekarang banyak banyak sentimen perkauman dimainkan hingga hilang rasa hormat antara satu sama lain hanya kerana politik,” katanya memetik Malaysiakini.

Tag : , , , ,

Komen Anda..

-komen dengan berhemah. terima kasih.
-sila refresh page (F5) untuk komen terbaru..