Apa kisah pertunangan 2 tahun Indah Ruhaila? ini komen dia..

Pada: Khamis, 29 Oktober 2015
Penyanyi Indah Ruhaila merancang untuk menamatkan zaman bujangnya pada tahun depan selepas dua tahun mengikat tali pertunangan dengan jejaka berusia 32 tahun.

Indah berkata, dia masih mencari tarikh yang sesuai dan menyelesaikan beberapa perkara penting berkaitan kerjaya nyanyiannya terlebih dahulu.
"Insya-Allah tidak lama lagi, dalam tahun depan kami merancang untuk mendirikan rumah tangga selepas dua tahun juga mengikat tali pertunangan.

"Kalau boleh saya memang mahu berkahwin sebelum umur 30 tahun, kalau jadi akhir tahun depan, awal tahun depan kami akan buat persiapan sedikit-sedikit dahulu," ujarnya kepada mStar Online.
Dalam pada itu, Indah berkata, dia dan tunangannya sudah pun mengambil kursus perkahwinan sebelum mengikat tali pertunangan lagi.

Tag : , , , ,

Komen Anda..

-komen dengan berhemah. terima kasih.
-sila refresh page (F5) untuk komen terbaru..