Anak Norman Hakim bagi tazkirah agama (video)

Pada: Selasa, 27 Oktober 2015
Norman Hakim menerima pujian daripada pengguna laman sosial selepas memuat naik video anak sulungnya, Mohamed Danish Hakim, berbicara tentang jerebu.

Dalam beberapa video pendek yang dimuat naik Norman ke akaun Instagram itu, dia dilihat berbual dengan Danish dan nyata, anak lelakinya itu punya pemikiran yang matang walaupun baru berusia 12 tahun.

Kata Danish, jerebu yang sudah berlarutan hampir dua bulan ini adalah petanda bahawa ia bukan sekadar bencana alam, tetapi lebih kepada satu bentuk peringatan Allah kepada manusia.

Tambah Danish, inilah masa terbaik untuk umat Islam khususnya, bermuhasabah dan bertaubat kerana bencana alam yang teruk juga salah satu petanda dekatnya hari kiamat.


Norman turut memuat naik video alunan bacaan ayat suci al-Quran oleh Danish.

Daripada komen-komen yang diterima, netizen menyifatkan Norman dan bekas isterinya, pelakon Abby Abadi dan isterinya, Memey Suhaiza telah menjalankan tanggungjawab sebagai ibu bapa dengan baik.

Malah ramai juga yang menaruh harapan agar Danish dapat menjadi figura agama yang berjaya satu hari nanti.

Danish merupakan anak sulung Norman bersama Abby. Danish kini belajar di Madrasah Uthmaniyah Smart Tahfiz, Kajang. -Astro Awani

video

Tag : , , , , , , ,

Komen Anda..

-komen dengan berhemah. terima kasih.
-sila refresh page (F5) untuk komen terbaru..