Ammar Alfian bangga tayang tatu? (2 gambar)

Pada: Khamis, 1 Oktober 2015
Dengar khabar yang Ammar Alfian membuat satu yang gempar di laman sosialnya apabila dia memuatnaik gambar dia bertatu.

Namun Ammar menafikan ianya untuk publisiti murahan tapi ianya tatu yang telah ada sejak dua tahun lalu. Tapi rasanya tak perlu tayangkan bro. Kalau sangat nak berubah, simpan je kan apa-apa yang patut.. :)



“Tatu di dada dan bahu saya itu dibuat selepas putus cinta dengan seorang pelakon kira-kira dua tahun lalu.

"Niat saya memuat naik gambar dalam keadaan begitu kerana itu adalah diri saya. Inilah kehidupan saya.

"Saya tidak perlu menjadi orang lain demi menjaga hati orang lain. Saya mahu biarlah orang ramai lebih memandang bakat lakonan saya dan bukan kisah-kisah peribadi saya seperti ini,

"Saya memang nak buang tatu ini. Saya sudah pergi ke beberapa klinik dan mereka menyatakan akan ada kesan parut jika saya membuangnya.

"Mereka turut menyarankan saya melakukannya di Amerika Syarikat kerana di sana kaedahnya lebih bagus tanpa sebarang kesan parut. Jika ada rezeki memang saya mahu ke sana untuk membuang tatu ini," katanya memetik portal Hmetro

Tag : , , , , ,

Komen Anda..

-komen dengan berhemah. terima kasih.
-sila refresh page (F5) untuk komen terbaru..