Akma AF3 selamat melahirkan anak ke-2 (gambar)

Pada: Khamis, 22 Oktober 2015
Asiahtunakma Abdullah atau Akma AF3 telah dikhabarkan selamat melahirkan anak keduanya pada Selasa memetik portal Bharian.

Akma selamat bersalin secara pembedahan di Pusat Perubatan Prince Court kira-kira jam 2 petang. Bayi berjantina lelaki itu dilahirkan sihat dengan berat 2.23kg.

Buat masa ini mereka belum meletakkan nama lagi, namun meminta seorang ustaz untuk mencari nama sesuai bagi anak mereka.

Anak pertama pasangan ini bernama Awatif Husna Hamshi berusia 2 tahun.

Tag : , , , , ,

Komen Anda..

-komen dengan berhemah. terima kasih.
-sila refresh page (F5) untuk komen terbaru..