Adegan comolot Fara Mendoza, Zwenstar.. PANAS!

Pada: Selasa, 27 Oktober 2015
Lagi kontroversi yang dilakukan oleh pelakon Fara Mendoza, kali ini dia dikatakan melakukan aksi cium aka comolot dengan penyanyi, Zwenstar di tempat awam.

Namun aksi berkenaan disalah anggap oleh seorang yang mengambil gambar berkenaan dan disebarkan sebagai adegan cium.

Fara memetik portal mStar, ianya adalah adegan sepasang kekasih bercinta untuk klip video nyanyian Zwenstar berjudul 'Ku Tahu'.

"Saya terkejut apabila mendapat tahu foto itu tersebar. Tidak mungkin saya melakukan perkara tidak senonoh sedemikian.

"Apatah lagi penggambaran klip video itu dilakukan di sebuah taman permainan di Putrajaya. Malah ramai orang berada di sekeliling kami ketika penggambaran sedang berlangsung.

"Nampaknya memang ada pihak cuba mahu mengenakan saya. Takkan saya nak bercium di depan orang ramai? Itu mengarut,"

"Bagi saya, orang yang cuba merakam gambar itu memang hebat. Saya tengok pun terkejut kerana ia memberi gambaran seolah-olah sedang bercium dengan Zwenstar.

"Saya akan siasat siapa yang buat begini. Individu terbabit sengaja mahu melihat saya jatuh," tegasnya. -Fara

Tag : , , , , , ,

Komen Anda..

-komen dengan berhemah. terima kasih.
-sila refresh page (F5) untuk komen terbaru..