12 Disember bertunang, Aliff Aziz (6 gambar bersama bakal tunang)

Pada: Khamis, 1 Oktober 2015
Tahniah Aliff Aziz yang bakal bertunang dengan pasangannya, Bella Astilla pada 12 Disember ini. Sekaligus menamatkan spikulasi yang dia enggan bercinta lama-lama tanpa ada ikatan seperti yang berlaku sebelum ini.

“Saya akan bertunang pada 12 Disember ini. Tarikh itu dipilih memandangkan angkanya iaitu 12.12.2015 nampak cantik. Tambahan pula ia jatuh pada hari Sabtu. Insya-Allah pertunangan ini akan diikat selama setahun dan kemudian kami akan melangkah ke fasa perkahwinan pula,”

“Apabila orang komen kami dilihat seperti suami isteri, saya senyum sahaja. Saya dan pasangan masih tahu batasan yang perlu dijaga. Kami masih lagi ada ibu bapa yang perlu dijaga hati mereka. Gambar yang dimuat naik sekadar perkongsian dengan peminat dan bagi saya, semua orang berhak memberi pendapat masing-masing,” Aliff Aziz petikan portal mStar

Tag : , , , , , ,

Komen Anda..

-komen dengan berhemah. terima kasih.
-sila refresh page (F5) untuk komen terbaru..