Ziana Zain sindir artis baru tak reti jaga fesyen..

Pada: Ahad, 20 September 2015
Memang tidak dinafikan, Ziana Zain merupakan artis yang memetingkan penampilan dan gaya ketika berada di mana-mana. Dan bagi Ziana, dia beranggapan yang ada selebriti baharu ni tak peka dan kurang sensitif dalam menjaga imej bila berada di khalayak umum. Hanya perasan cantik tapi sebenarnya tidak.

Ziana mengakui membelanja RM300 sebulan untuk membeli majalah fesyen dan penampilan bagi rujukan dirinya.
Dalam pemerhatian dan pengamatan saya memang ada artis baharu contohnya yang feeling cantik tetapi sebenarnya bila ambil gambar, hasilnya sebaliknya. Seperti saya katakan, dalam berpakaian ini kena ada ‘try and error’. Sesekali kita kena jual mahal.

Kita berikan sedikit sahaja contohnya kemunculan di tempat awam, baru akan beri impak atau mereka tertunggu-tunggu. Sebab itu juga saya tak berkongsi semua perkara di laman Instagram termasuk mengenai keluarga. Sesekali sahaja saya muat naik gambar. Bak orang putih kata,once in a blue moon.

Tag : , , , , , , ,

Komen Anda..

-komen dengan berhemah. terima kasih.
-sila refresh page (F5) untuk komen terbaru..