Tasha Shilla minta isu seksi jangan kaitkan agama...

Pada: Selasa, 22 September 2015
Imej seksi Tasha Shilla memang menjadi perbualan sejak menjak ni apabila dia pergi ke majlis, majalah dan di laman sosial. Bahkan juga ramai yang sudah menasihati, kritik dan menegur pelakon ini, namun tidak diendahkan oleh Tasha kerana mempunyai alasan tersendiri.

Buat Tasha, ianya dilakukan atas kerjaya dan tidak mahu kaitkan ianya dengan agama, namun meminta maaf jika apa yang dilakukan tak senang dimata masyarakat.
“Saya mohon, jangan heret isu agama dalam hal ini. Saya lakukannya sebagai kelangsungan kerjaya kerana selain tampil dalam acara hiburan, saya juga diberi pernghormatan untuk muncul ketika acara fesyen. Mungkin saya nampak seksi kerana semakin kurus,”

“Saya manusia yang tidak sempurna, senjata saya kini hanyalah doa. Kalau boleh saya tak mahu komen lebih, terutama hal berkaitan agama. Mungkin saya nampak sosial, namun saya juga ada pegangan agama. Biarlah hal itu menjadi rahsia antara saya dengan Yang Satu,” -Tasha petikan Bharian Plus.

Tag : , , , , , ,

1 Komen:

Roger Ax7 17 Disember 2016 11:47 PG

Walaupun saya bukan islam....disini saya cuma nak tegur awak Sudah tentu lah ia nya melibatkan agama sebab itu aurat ia brkaitan dngan aurat awak sebagai penganut agama islam seharusnya pakai lah pakaian yang lebih trtutup bukan pakai pakian yang terdedah nampak pusat dan belakang

Komen Anda..

-komen dengan berhemah. terima kasih.
-sila refresh page (F5) untuk komen terbaru..