Tasha Shila terlibat kemalangan kereta ngeri (4 gambar)

Pada: Selasa, 1 September 2015
Tasha Shilla Kemalangan Ngeri
Keadaan yang menimpa pelakon jelita Tasha Shilla boleh diibaratkan ‘sudah jatuh, ditimpa tangga’.

Dihimpit dengan pelbagai cerita kontroversi melibatkan dirinya, Tasha Shilla sekali lagi terpaksa menelan dugaan berat yang dihadapi apabila didakwa pernah terlibat dalam satu kemalangan di Petaling Street, Kuala Lumpur kira-kira dua minggu lalu memetik Mynewshub.

Menurut seorang sumber kepada portal Beautiful Nara, kereta BMW yang dipandu Tasha Shilla telah melanggar sebuah kenderaan jenis Toyota Hilux.

Tidak dapat dipastikan apakah punca sebenar nahas kemalangan itu, namun kereta yang dipandu Tasha dikatakan terbalik.

Difahamkan, dalam insiden pukul tiga pagi itu, Tasha sempat menyelamatkan diri dan tidak mengalami sebarang cedera parah.

Gambar Tasha Shilla Kemalangan 2 Minggu Lalu Tersebar


Gambar Tasha Shilla Kemalangan 2 Minggu Lalu Tersebar

Gambar Tasha Shilla Kemalangan 2 Minggu Lalu Tersebar

Bagaimanapun, Tasha masih belum lagi membuat sebarang kenyataan secara terbuka mengenai kes kemalangan ini.

Sementara itu, bintang drama Nasuha ini juga sempat menjadi tetamu menyambut kedatangan Jay Park di sebuah butik di KLCC beberapa hari lepas.

Dalam perkembangan lain, nama Tasha Shilla baru-baru ini menjadi perhatian media selepas dikatakan mabuk dan mengamuk dalam sebuah kelab malam di Kuala Lumpur pagi Jumaat lalu menyerang bekas teman lelakinya, Hans Wong. 

Tag : , , , ,

Komen Anda..

-komen dengan berhemah. terima kasih.
-sila refresh page (F5) untuk komen terbaru..