Shah Iskandar, Siti Sarah bakal berkahwin tahun hadapan.. (3 gambar)

Pada: Isnin, 21 September 2015
Akhirnya pelakon, Shah Iskandar, 33, bakal menamatkan zaman bujangnya dengan gadis pilihanya, Siti Sarah, 30, (seorang busineswomen dari Kulim, Kedah) pada tahun hadapan mengikut perancngan mereka.

Perkenalan selama 2 tahun itu membibitkan rasa cinta dan akhirnya ianya menjadi bualan apabila Shah memuatnaik gambar mereka bersama beberapa minggu lalu di Instagram miliknya.


"Insya-Allah kami akan berkahwin awal tahun hadapan. Kami akan pergi kursus kahwin di Singapura tak lama lagi,"

"Cuma selepas makin kenal diri masing-masing dan bertemu keluarga, kami jadi lebih rapat. Umur saya pun makin meningkat. Saya sudah 33 tahun, dia pula 30 tahun. Saya kenal dia pun melalui kakaknya. Ketika itu, kakaknya menyuruh saya membuat ulasan dan promosi produk di laman Instagram.

"Kami bertemu di The Curve, Kota Damansara. Kami berjumpa dan berkenalan. Dia pun ramai peminat sebenarnya. Saya salah seorang peminatnya," -Shah Iskandar petikan Bharian

Tag : , , , , , , ,

Komen Anda..

-komen dengan berhemah. terima kasih.
-sila refresh page (F5) untuk komen terbaru..