SENIMAN beri amaran keras kepada Soo Wincci sebab..

Pada: Selasa, 8 September 2015

Karyawan Beri Peringatan Kepada Soo Wincci
Rentetan satu video lagu yang dimuatnaik oleh penyanyi Soo Wincci sebagai tanda sokongan terhadap Himpunan Bersih 4.0 baru-baru ini, Presiden Karyawan, Datuk Freddie Fernandez memberi peringatan kepada artis tempatan supaya berhati-hati dalam sebarang tindakan mereka.

Karyawan Beri Peringatan Kepada Soo Wincci

“Selebriti tidak perlu campur tangan urusan politik, sebaliknya perlu fokus kepada kerjaya seni masing-masing saja.

“Artis seharusnya berfikir dulu sebelum mengeluarkan kenyataan agar tidak kelihatan kurang bijak. Lagipun tidak kena pada tempat untuk artis mengulas mengenai isu politik,” katanya.
Freddie dalam masa sama mengulas tindakan Soo Wincci menerusi video lagunya yang mendesak Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak meletak jawatan.
“Dia sendiri berada di Taiwan dan tidak tahu apa yang berlaku di Malaysia. Saya sendiri pun tidak tahu siapa yang dia wakili kerana realitinya dia tidak berada di sini.

“Banyak yang pihak kerajaan laburkan dalam industri kreatif dan jangan hanya fokus kepada keburukan semata-mata,” tegas Freddie lagi.
Soo Wincci semalam menegaskan dia bersedia berdepan dengan sebarang akibat atas tindakan peribadinya memuatnaik video berkenaan.


Tag : , , , , ,

1 Komen:

Tanpa Nama 8 September 2015 2:13 PTG

bodoh la karyawan, nak membodek pun agak2 la.. artis bukannya budak skolah

Komen Anda..

-komen dengan berhemah. terima kasih.
-sila refresh page (F5) untuk komen terbaru..