Sekitar pernikahan, resepsi Nubhan AF (43 gambar)

Pada: Selasa, 1 September 2015
Nubhan selamat bergelar suami kepada Afifah Hidayah Ahmad Tawfek dengan sekali lafaz sekitar pukul 3.35 petang Sabtu di rumah pengantin perempuan di Seremban 2, Negeri Sembilan

Nubhan, 29, menyerahkan mas kahwin sebanyak RM1,000 manakala wang hantaran sebanyak RM20,000 kepada pengantin perempuan.

Penyanyi itu turut menyediakan lima dulang hantaran dan dibalas tujuh dari pihak perempuan.


Sementara itu, majlis resepsi disebelah pihak perempuan akan diadakan pada Ahad di Seremban manakala pihak lelaki pada keesokan harinya di kampung Nubhan, Juasseh, Negeri Sembilan.

Terdahulu pasangan berkenaan mengikat tali pertunangan pada Oktober tahun lalu. -mStar | gambar Instagram mhmstudio


Tag : , , , , , ,

Komen Anda..

-komen dengan berhemah. terima kasih.
-sila refresh page (F5) untuk komen terbaru..