Saya belum gila lagi! -Uqasha Senrose

Pada: Jumaat, 4 September 2015
Dengar cerita yang Uqasha Senrose ada datang ke kelab malam dan membuka tudungnya. Bahkan ada juga yang mengatakan yang Uqasha bertudung hanya di hadapan kamera dan media-media.

Namun jelas Uqasha dia menafikan sekeras-kerasnya hal ini.
“Saya belum gila lagi nak buat perkara macam itu. Pergi kelab malam pun tak pernah, apatah lagi nak ke tempat itu tanpa tudung. Ia satu tuduhan yang tidak masuk akal. Bukan saya orangnya. Saya tak tahu apa-apa tentang isu ini,”

“Sejak berhijab, ramai yang bertanya cara saya memakai tudung selain ditawarkan menjadi duta produk muslimah. Jadi saya fikir, daripada menjadi duta produk orang lain, lebih baik saya punyai jenama tudung sendiri,” jelas Uqasha Senrose kepada mStar Online.

Tag : , , , , , ,

Komen Anda..

-komen dengan berhemah. terima kasih.
-sila refresh page (F5) untuk komen terbaru..