PANAS! Che Ta nekad keluar juri AF serta merta!, sebab..

Pada: Selasa, 15 September 2015
Panas!, dengarnya Rozita Che Wan aka Che Ta dengan nekad tak nak teruskan lagi sebagai juri tetap Akademi Fantasia 2015 (AF 20015) untuk minggu mendatang.

Menurut laporan Hmetro, ini disebabkan pengetua AF2015, Edry Abdul Halim tidak berpuas hati dengan kritikan Che Ta kepada pelajar AF pada malam hujung lalu.

"Memang betul saya sudah tarik diri daripada AF2015 mulai minggu depan.

"Saya tidak suka bekerja dengan orang yang tidak profesional dan emosional,

"Keputusan saya menyertai AF2015 bukan disebabkan wang atau populariti kerana keluar tv setiap minggu dalam program yang mendapat rating tinggi.

"Saya menarik diri sebab maruah. Saya tidak mahu bekerja dalam persekitaran yang tidak sihat apabila ada individu yang tidak hormat pada saya.

"Saya cuma menjalankan tugas diberikan atas nama profesionalisme. Saya hanya berminat bekerja dengan pihak yang mempunyai tahap profesionalisme seperti saya," -Che Ta.
Dan ini pula komen Edry..
"Sebagai pengetua saya bersikap profesional dan terbuka untuk menerima kritikan juri tapi juri itu juga perlu beri kritikan yang membantu pelajar memperbaiki kekurangan mereka.

"Sudah tentu saya wajar mempertahankan pelajar saya dengan apa cara sekali pun jika orang mempertikai tanpa penjelasan terperinci aspek yang perlu diperbaiki," katanya.

Tag : , , , , , , , ,

Komen Anda..

-komen dengan berhemah. terima kasih.
-sila refresh page (F5) untuk komen terbaru..