Nora Danish keluar bersama Nedim baru-baru ini... ini komen Nora..

Pada: Selasa, 8 September 2015
Nora Danish menafikan dakwaan kononnya kembali menjalinkan hubungan cinta dengan bekas kekasihnya, Nedim Nazri selepas tersebar foto mereka berdua dilihat makan bersama di sebuah restoran baru-baru ini.

Sebelum ini mereka dikatakan sudah berpisah namun gambar tersebut membuatkan ramai tertanya-tanya mengenai hubungan sebenar mereka ketika ini. Dan ini jawapan Nora..
“Kami memang sudah berpisah tetapi secara baik dan masih berkawan seperti biasa. Hubungan kami berakhir bukan kerana orang ketiga tetapi cuma ada perkara yang perlu diselesaikan dahulu.

“Biarlah kami selesaikan dahulu perkara tersebut dan jika ada jodoh Insya Allah. Cinta itu tidak semestinya memiliki, cinta itu masih ada tetapi kami tidak bersama,” kata Nora.

Tag : , , , , ,

Komen Anda..

-komen dengan berhemah. terima kasih.
-sila refresh page (F5) untuk komen terbaru..