Nazim Othman dedah wanita misteri jadi isterinya.. (gambar)

Pada: Isnin, 14 September 2015
Akhirnya Nazim Othman mendedahkan wanita yang selama ini menjadi misteri siapa sebenarnya dia dan yang kini sudah bergelar isteri kepada Nazim.

Dia adalah Nedlyn Nazlan. Namun berita kad undangan yang dikatakan perkahwinan itu adalah gimik untuk sebuah filem web pendek.

Dan Nedlyn adalah salah seorang pelakonnya.

“Sebenarnya Majlis Raja Sehari ini hanyalah gimik kepada pelancaran filem web ini bagi kempen produk terbaru dari Himalaya iaitu Nourishing Skin Cream Himalaya.

“Filem pendek berkonsepkan aviation ini menceritakan tentang kisah cinta romantik antara saya dan Nedyln dalam mencari dan menemukan semula cinta mereka oleh Nourishing Skin Cream.

“Saya tahu ada yang terkejut dengan jemputan Majlis Raja Sehari ini tetapi kini saya harap semuanya sudah jelas,” -Nazim petikan portal Murai.

Tag : , , , , , , , , ,

Komen Anda..

-komen dengan berhemah. terima kasih.
-sila refresh page (F5) untuk komen terbaru..