Nampak bra ketika menjadi host Nona, ini komen Fouziah Gous.. (2 gambar)

Pada: Rabu, 30 September 2015
Rancangan Nona pada hari Ahad lalu telah menimbulkan reaksi yang berbeza buat pengamat mata tajam di sebuah Forum online akan penampilan Fouziah Gous.

Katanya baju yang dikenakan Fouziah menampakkan pakaian dalamnya aka bra. Dan ini komen Fouziah mengenai hal itu.

"Jujurnya saya tidak tahu isu pakaian berkenaan hebat diperkatakan kerana saya tidak membaca blog atau pun forum kerana blog dan forum sengaja mencipta atau mencari sesuatu perkara untuk disensasikan,

"Saya tidak rasa nampak pakaian dalam kerana saya memakai singlet dan jika penampilan saya itu tidak sesuai pasti sudah ditukar oleh pihak produksi yang sentiasa peka terhadap aspek pemakaian.

"Sebab itu saya kata isu itu sengaja diada-adakan kerana sepanjang mengendalikan Nona pihak produksi memang meneliti apa yang akan saya pakai tambahan pula penerbit saya pun seorang wanita yang bertudung,"-Fouziah petikan portal mStar

Tag : , , , , , , , , ,

Komen Anda..

-komen dengan berhemah. terima kasih.
-sila refresh page (F5) untuk komen terbaru..