Miera Leyana didukung oleh Afiq Muiz?

Pada: Selasa, 22 September 2015
Wah panas!, Miera Leyana dikatakan telah didukung oleh Afiq Muiz di KLIA baru-baru ini yang disaksikan oleh orang ramai.

Namun Miera menafikan itu adalah dia, dan orang yang didukung oleh Afiq adalah adiknya sendiri, Aisha yang secara tiba-tiba sesak nafas.


"Ya Allah, terkejut saya mendengar berita itu dan jelas ia adalah salah faham kerana bukan saya yang didukung Afiq tetapi adik kandungnya sendiri.

"Afiq bertindak demikian selepas adiknya itu tiba-tiba diserang sesak nafas dan ingin segera membawanya ke klinik," kata Miera memetik portal mStar

Bercerita lanjut mengenai kejadian itu, Afiq dan Aisha hadir ke KLIA untuk bertemu adik Miera yang bakal menyambung pengajian di London bagi mengucapkan selamat jalan yang ditemanai Miera dan keluarganya.

Kata Miera, kebetulan Aisha rapat dengan adiknya dan mengambil peluang itu untuk berjumpa buat kali terakhir.

Tag : , , , , , , ,

Komen Anda..

-komen dengan berhemah. terima kasih.
-sila refresh page (F5) untuk komen terbaru..