Maya Karin kahwin lagi senyap-senyap? (3 gambar)

Pada: Rabu, 23 September 2015
Maya Karin dah berkahwin lagi ke. Dia memakai gaun pegantin baru-baru ini mencetuskan tanda tanya apabila dikatakan berkahwin lagi.

Namun gambar itu adalah lakonannya untuk satu babak dalam filem Jwanita. Namun gaun pengantin berkenaan mempunyai ceritanya tersendiri.


"Pastinya saya pernah memakai gaun itu pada hari yang cukup bermakna dalam hidup saya (14 Ogos 2008). Cuma jodoh tak panjang. Ikutkan selepas bercerai, saya ada kembalikan gaun itu kepada perekanya (Syaiful Baharim).

Saya katakan kepadanya kenapa tidak dipamerkan gaun itu atau mungkin dijual sahaja. Lucunya selepas setahun disimpan di butiknya, ia dikembalikan kepada saya.

"Saya pun menyimpannya semula di dalam rumah di satu sudut yang bermakna. Nak dijadikan cerita, adik saya (Irina) bertemu lelaki idaman hatinya. Biasalah orang apabila sudah jatuh cinta, ..penuh drama juga sebenarnya. Dalam masa yang ringkas, mereka bertunang dan kemudiannya berkahwin. Lalu terbit idea untuk saya membiarkan adik saya pula menggayakan gaun nikah itu.

"Lagipun saya pakai baju nikah itu sekejap sahaja. Dalam dua tiga jam. Selepas menawarkan kepada adik, dia bersetuju dan gembiranya bukan kepalang. Dia pun tak sangka yang saya akan benarkan dia memakainya apatah lagi memakai gaun pereka fesyen terkenal. Setakat ini gaun itu akan terus berada dalam simpanan keluarga saya. Mana tahu kalau ada anak perempuan yang dilahirkan dalam keluarga kami, boleh pakai sekali lagi," kata Maya petikan Bharian

Tag : , , , , , , ,

Komen Anda..

-komen dengan berhemah. terima kasih.
-sila refresh page (F5) untuk komen terbaru..