Mas AF2 jual sate kecil-kecilan.. (gambar anak)

Pada: Jumaat, 18 September 2015
Dengarnya dah 6 tahun Mas AF2 menyepi dari dunia seni, kini tip top dah ada dua anak dah. Namun statusnya kini adalah ibu tunggal.

Memetik portal Mangga Online, Mas kini bahagia bersama anak-anak, Nurfazilah, 17 dan Mohd Fadzil, 14 serta keluarga di Tawau, Sabah.

Mas juga mengakui masih hidup solo. Meski sudah lama tidak berada dalam dunia seni namun saling berhubung dengan teman-temannya semasa dalam akademi antaranya, Bob Yusof, Nurul, Zarina, Adam dan Fitri.


“AF2 sudah sebelas tahun berlalu dan saya sendiri sudah meninggalkan dunia seni sejak 2009. Masa itu saya berhenti menyanyi, berlakon dan terus balik kampung bantu ibu bapa jual sate.

“Alhamdulillah dengan menjual sate, saya dapat membesarkan anak-anak di samping memberikan pendidikan sempurna.

“Anak sulung bakal ambil SPM hujung tahun ini. Selepas dapat keputusan peperiksaan nanti, saya mahu dia sambung belajar ambil diploma dulu.

“Saya cari rezeki dengan bantu keluarga menjual sate dari pukul 4.30 petang hingga 10.00 malam di sebuah tapak perniagaan di kampung,” -Mas AF2

Tag : , , , , , ,

Komen Anda..

-komen dengan berhemah. terima kasih.
-sila refresh page (F5) untuk komen terbaru..