Lisa Surihani sudah bersalin? Ya ke?

Pada: Isnin, 7 September 2015
Heboh sebelum ini yang menyatakan Lisa Surihani telah selamat melahirkan anak dan siap ada beberapa keping gambar memperlihatkan Lisa memangku bayi kecil bersama suaminya, Yusry.

Namun Lisa yang kini sarat mengandung menafikan perkara itu dan ianya satu penipuan besar yang mahu publisiti buat penyebarnya.


“3rd Sept 2015 : Salam semua. Harap maklum, berita yang cuba disebarkan ini tidak sahih, tidak tepat dan tidak benar. Walaupun headline ditulis dengan 'soalan' , ia cukup sebagai satu taktik blogger supaya orang click untuk mereka capai hits yang diingini.

“Baik saya ataupun Yusry belum lagi umumkan apa2, saya masih belum bersalin buat masa ini. Terima kasih ke atas sokongan anda semua, cuma ada beberapa saudara dan rakan yang terpedaya, saya cuma nak terangkan perkara sebenar. Doakan supaya semua dipermudahkan dan berjalan dengan lancar ya? Terima Kasih. :) Salam Ikhlas, Lisa Surihani dan Yusry.”

Tag : , , , , , , ,

Komen Anda..

-komen dengan berhemah. terima kasih.
-sila refresh page (F5) untuk komen terbaru..