Lepas Sharnaaz, Sharifah Anis bercinta dengan Ungku Ismail pula?

Pada: Rabu, 23 September 2015
Kini Sharifah Anis dikaitkan pula dengan pelakon yang popular menerusi drama Teman Lelaki Upahan, Ungku Ismail. Mengakui terkejut dengan dakwaan tersebut, empunya nama Sharifah Anis Syed Zainal Al-Idrus berkata, dia tidak tahu daripada mana timbulnya khabar angin itu.
"Kalau berlakon bersama pun, bukan tahun ini. Pada 2014 adalah dalam drama Apabila Kau Tersenyum.

"Nak kata rapat tu memang tiada. Sekadar berkawan di lokasi penggambaran sahaja," ujarnya yang dikenali sebagai Anis Al Idrus ini.
Tegasnya, cerita mereka sedang hangat bercinta mungkin timbul selepas dia bergambar bersama patung beruang untuk mempromosikan kempen #TravellingBeruang yang merupakan projek Ungku Ismail bersama Media Prima.
"Rasanya desas-desus ini timbul selepas gambar itu tersiar. Tetapi memang tidak benar sama sekali dan kehadiran saya bersama dengan patung tersebut hanya untuk menyokong projek itu," nafinya.
Pelakon Gemersik Kalbu ini juga menolak dakwaan dia gemar menjalin hubungan cinta dengan golongan selebriti.
"Sebelum hubungan saya dengan pelakon tersebut, saya tidak pernah ada hubungan cinta dengan mana-mana artis.

"Malah sekarang pun saya tidak berkawan rapat dengan mana-mana artis juga, jadi dakwaan tersebut memang tidak tepat," katanya petikan portal SinarHarian

Tag : , , , , , , ,

Komen Anda..

-komen dengan berhemah. terima kasih.
-sila refresh page (F5) untuk komen terbaru..