Inilah sebab mengapa Abby Abadi anti-Secret Recipe (6 gambar)

Pada: Selasa, 29 September 2015
Sempena cuti Hari Raya Korban yang lalu, Abby Abadi ada membuat sambutan majlis hari jadi kedua-dua anaknya perempuannya.

Namun yang menjadikan isu adalah persiapan akhir oleh Abby dan suaminya, Jai Ezzany untuk membeli kek di Secret Recipe Gua Musang setelah sampai di kedai berkenaan, Abby mendapat tahu bahawa cawangan Secret Recipe tersebut diuruskan oleh bukan Muslim.

Namun disebabkan sudah membuat pesanan, Abby dan suami mahu tidak mahu terpaksa membeli kek-kek tersebut. Menerusi muatnaik di Instagram beliau, Abby telah berjanji kepada Allah, dirinya sendiri dan suami bahawa beliau tidak akan membeli dan makan di Secret Recipe Gua Musang lagi kerana cawangan tersebut tidak menepati ciri-ciri Islam bahkan ditambah pula dengan pengurusan oleh bukan Muslim dan meletakkan juruwang beragama Islam di kaunter hadapan untuk mengaburi pelanggan Muslim.

Ramai juga pengikut Instagram beliau memberikan beberapa pandangan mengenai hal ini.



Tag : , , , , , , ,

Komen Anda..

-komen dengan berhemah. terima kasih.
-sila refresh page (F5) untuk komen terbaru..