Inilah punca sebenar kenapa Asfan ditumbuk Bil Azali...

Pada: Jumaat, 4 September 2015
Ha ini lah punca kenapa Asfan ditumbuk aka dipukul oleh adik iparnya yang juga seorang pelakon, Bil Azali di KLIA Sabtu lalu.

Dengarnya Asfan berlagak seperti orang bujang dan mengabaikan tanggungjawab sebagai seorang suami.


"Memang betul, saya tidak patut campur tangan dalam urusan rumah tangga mereka, tetapi apabila ada satu kes yang timbul dan tidak diberi penjelasan yang betul kepada keluarga saya, maka saya sebagai seorang adik perlu masuk campur hal mereka.

"Pada mulanya, saya tidak percaya dengan kata-kata orang. Tetapi apabila ada saksi dan bukti yang sahih, saya rasa dia (Asfan) perlu bertanggungjawab. Ini soal hormat, adab, tanggungjawab dan janji yang telah dia langgar. Itu yang buatkan saya geram,"

"Apabila sudah bergelar suami, buat cara seperti seorang suami. Bukan berangan macam orang bujang. Nak buat perangai jangan sampai kantoi dan apabila saya dapat tahu, faham-fahamlah.

"Nak ada orang ketiga, jangan sampai abaikan isteri dan anak-anak. Sila hormat orang yang telah merestui dia berkahwin dengan kakak saya. Jelaskan perkara yang ditimbulkan. Jangan lari," -Bil petikan portal mStar

Tag : , , , , , , ,

Komen Anda..

-komen dengan berhemah. terima kasih.
-sila refresh page (F5) untuk komen terbaru..