Inilah kekasih terbaru, Syazwan Zulkifly.. (gambar)

Pada: Rabu, 30 September 2015
Sebelum ini pelakon Syazwan Zulkifly pernah dikaitkan punya hubungan cinta dengan aktres Tasha Shilla, Nabila Huda dan Syatilla Melvin. Namun semua itu hanya sekadar gosip dan Syazwan sendiri mengakui mereka hanya teman seperjuangan sahaja.

Kemudian beliau dikatakan punya hubungan cinta dengan pelakon baru, Faye Kusairi. Kisah mereka juga tidak berpanjangan dan kedua-duanya membawa haluan sendiri. Setelah melalui detik duka, hati pelakon yang mula popular dengan watak Apek dalam drama Juvana ini kembali terisi dengan cinta baru.

Syazwan mengakui kini sedang menyulam cinta dengan pelakon dan pengacara TV, Shenty Feliziana. Hubungan mereka rapat setelah bekerjasama dalam drama Padamu Aku Bersujud.

“Kisah cinta saya biasa-biasa sahaja. Cemburu dan bergaduh itu adalah perkara normal dalam hubungan cinta. Namun segala-galanya boleh dibawa berbincang dan masalah akan selesai.

“Apabila sudah bercinta perlulah ada komitmen. Dahulu tak perlu balas mesej segera, tetapi sekarang kalau sibuk sekali pun, kenalah ambil masa berbalas mesej atau bercakap di telefon.

“Saya tidak kisah untuk mengakui sedang bercinta sekarang dan berkongsi apa yang saya rasakan perlu,” ujar Syazwan kepada Mangga Online.

Tag : , , , , , , , , ,

Komen Anda..

-komen dengan berhemah. terima kasih.
-sila refresh page (F5) untuk komen terbaru..