Ini sebab utama mengapa Rita Rudaini enggan kahwin lagi...

Pada: Isnin, 28 September 2015
Sudah lama Rita Rudaini menjanda dan tinggal dengan dua orang anaknya. Namun ramai juga yang menanyakan kenapa Rita sehingga ke hari ini belum bersedia lagi nak bina rumahtangga.

Dan ini adalah jawapan Rita mengenai persoalan itu.
“Ramai orang cakap kahwinlah dan cari bapa baharu kepada anak-anak. Pada saya, untuk apa nak cari pengganti sedangkan saya selesa hidup macam ini (hidup bertiga). Ada juga yang kata kalau ada suami lebih mudah jaga dua orang anak yang sedang membesar. Saya rasa sama sahaja. Kebanyakan memang ibu yang uruskan anak-anak berbanding suami”

“Disebabkan itu, saya tiada hati untuk berkahwin. Banyak faktor lain juga. Saya takut orang tak sayang anak saya. Selain itu, saya tidak mahu lagi penat menjaga hati lelaki. Tapi saya juga tidak dapat menolak andai Tuhan menentukan jodoh saya dengan seseorang selepas ini,

“Jodoh sudah tertulis. Saya juga tidak minta untuk berkahwin dengan pasangan kembar. Perkara kembar atau usia lebih muda bukan masalah kepada perceraian – tetapi ia sebenarnya bergantung pada sikap seseorang itu dan macam mana pendiriannya,” jelas Rita kepada Kosmo!

Tag : , , , ,

Komen Anda..

-komen dengan berhemah. terima kasih.
-sila refresh page (F5) untuk komen terbaru..