Gambar bogel Rozita Che Wan?

Pada: Jumaat, 11 September 2015
Rozita Che Wan aka Che Ta menafikan yang dia bergambar bogel. Dan Che Ta tidak terkejut akan gambar berkenaan memandangkan dia yakin ianya adalah hasil edit photoshop teknik superimpose atau kembarnya yang lain yang berada di luar negara.

Malahan Zain Saidin juga berasa amat lucu dengan kreativiti peminat isterinya yang sanggup mengubah kepada bentuk sebegitu.

"Kakak saya telah menghantar gambar separuh bogel itu kepada saya minggu lalu. Namun saya sama sekali tidak terkejut dengan gosip sebegini kerana segala-galanya tidak mustahil di zaman teknologi sekarang. CHE Ta berkata, beliau tidak pernah merakamkan gambar dalam keadaan memalukan seperti mana yang tersiar.

"Saya bukan muda lagi untuk melakukan perbuatan sedemikian, malah saya juga sibuk bekerja, tiada masa untuk berbuat begitu. Saya tidak terkesan dengan penyebaran gambar itu kerana saya tahu itu bukannya diri saya,"

"Saya tunjuk kepada Zain pun dia tergelak. Lucu melihatkan kreativiti sesetengah pihak menggunakan teknik 'superimpose' kelihatan seperti benar.

"Namun apa yang penting, kami sendiri tahu perkara ini tidak benar. Saya enggan melatah kerana bukan pertama kali perkara begini terjadi kepada saya," -Che Ta memetik portal Bharian.

Tag : , , , , , , ,

Komen Anda..

-komen dengan berhemah. terima kasih.
-sila refresh page (F5) untuk komen terbaru..