Didie Alias bengang dengan Ridzuan Hashim.. sebab isu...

Pada: Selasa, 8 September 2015

Didie Alias Bengang Dituduh Tidak Bertanggungjawab Oleh Bekas Suami

Awal Ogos tahun lalu, anak perempuan hasil perkahwinan Didie Alias dan Ridzuan Hashim telah pun selamat dinikahkan. Untuk maklumkan, Didie dan Ridzuan telah pun bercerai pada tahun 2002 dan mempunyai 5 orang anak hasil perkongsian hidup.

Pada majlis pernikahan anaknya itu, Ridzuan Hashim telah dijemput untuk menjadi wali. Di sebalik majlis tersebut, ada desas-desus timbul di mana Ridzuan telah mempertikaikan tanggungjawab Didie Alias membesarkan anak-anak mereka selepas majlis tersebut.


Bengang dengan tuduhan tidak berasas itu, Didie Alias telah pun tampil mempertahankan dirinya. Didie Alias mendakwa selepas penceraian mereka, Ridzuan Hashim tidak langsung menjalankan tanggungjawab sebagai seorang ayah dalam membesarkan kelima-lima anak mereka.
Selama ini saya hanya bertahan dan berdiam diri walaupun kesusahan yang saya tanggung membesarkan anak-anak hanya saya yang pikul. Tiba-tiba sekarang dia hendak bercakap pula mengenai tanggungjawab saya? Bagi saya jika itu yang berlaku, ia memang tidak patut.

Dia diundang ke majlis untuk mewalikan pernikahan itu saja, tetapi dia terus berada di majlis. Memanglah dia bapa kandung anak-anak saya, tetapi status itu hanya pada nama dan tanggungjawab terhadap mereka tidak pernah ditunaikan.
Antara komen netizens yang backup Didie Alias dan hentam Redzuan Hashim:-
Lepas cerai, Didie dan lima anak ditinggalkan sehelai sepinggang. Ada yang kata mereka dihalau macam tu je.
Didie dan lima anak merempat dan menumpang di flat kawan.
Didie bawa kelima-lima anaknya berniaga di pasar malam.
Didie pergi McD beli fries je kongsi dengan anak-anak.
Lepas cerai pernah berniaga nasi lemak dan kuih.
Sekarang ni siapa yang tak bertanggungjawab?

Tag : , , , , , , , ,

Komen Anda..

-komen dengan berhemah. terima kasih.
-sila refresh page (F5) untuk komen terbaru..