Dating dengan Zul Ariffin, ini komen Zahirah.. (2 gambar)

Pada: Isnin, 28 September 2015
Dengar khabar pelakon hensem, Zul Ariffin tengah rapat dengan pelakon Zahirah MacWilson dengan tersebarnya gambar curi yang menunjukkan mereka bersama-sama bersiar di sebuah shopping mall One Utama.

Namun bagi Zahirah, hubungan dia dengan Zul hanya kawan biasa dan tak lebih dari itu memetik portal mStar semalam.


"Saya sebenarnya tidak mengetahui mengenai perkara ini sehingga ada meminta komen saya dan sudah tentu saya terkejut.

"Ini kerana saya dan Zul hanya rakan biasa dan kami berjumpa pun secara kebetulan selain tidak berbual panjang pun ketika berjumpa tempoh hari,"

"Saya tidak tahu apa niat individu tersebut mengambil gambar curi kami dan menyebarkannya tetapi hubungan kami memang sekadar kawan biasa sahaja," -Zahirah

Tag : , , , , , , , ,

Komen Anda..

-komen dengan berhemah. terima kasih.
-sila refresh page (F5) untuk komen terbaru..