Akim, Stacy dah selamat bertunang tapi.. (3 gambar)

Pada: Ahad, 27 September 2015
Penyanyi Stacy, 25 sah bergelar tunang Akim Ahmad, 24 pada Sabtu, 26 September 2015 semalam. Berita itu dilaporkan secara eksklusif oleh hLive menerusi laman Instagram rasmi program hiburan itu.

Akim dalam kenyataannya mengucapkan terima kasih kepada semua peminat yang mendoakan mereka.
"Syukur Alhamdulillah. Majlis pertunangan saya dan bakal isteri saya, Stacy Anam telah selamat berlangsung tadi, 26 September 2015.

"Terima kasih kepada semua yang telah mendoakan kami dan doakan yang terbaik untuk kami di masa akan datang," katanya.
Tapi pertunangan ini sebenarnya menguatkan lagi dakwaaan dan desas-desus langkah Stacy memeluk Islam sebelum ini sebagai persediaan awalnya untuk berkahwin dengan Akim. -mStar

Tag : , , , , , , , ,

Komen Anda..

-komen dengan berhemah. terima kasih.
-sila refresh page (F5) untuk komen terbaru..