Aidil Zafuan bayar kepada Rita Rudaini, RM500 untuk..

Pada: Khamis, 17 September 2015
Mahkamah Tinggi Shah Alam memerintahkan Aidil Zafuan Abd Radzak membayar RM500 sebagai kos selepas gagal hadir pada prosiding mahkamah pada Jumaat lalu.

Hakim Syarie Mawardi Che Man membuat keputusan itu selepas membenarkan permohonan peguam Rita Rudaini, Datuk Mohd Zaidi Mohd Zain yang memohon agar Aidil dikenakan kos kehadiran.

"Seperti semua maklum, mahkamah hanya memberi pengecualian terhadapnya sekiranya beliau berkhidmat untuk negara sahaja," katanya.
Terdahulu Mohd Zaidi memohon agar Aidil dikenakan kos RM1,500 sebagai kos kehadiran peguam dan anak guamnya.

Peguam Aidil, Roshdan Sujak Rafie memaklumkan anak guamnya, Aidil tidak hadir ke mahkamah kerana mempunyai perlawanan timbal balik Piala AFC, JDT menentang South China di Hong Kong esok.
"Beliau bertolak bersama-sama pasukannya semalam dan akan pulang pada 16 September," katanya.
Pada 14 September 2014, Rita Rudaini memfailkan tuntutan nafkah tertunggak selama 20 bulan berjumlah RM102,000 terhadap bekas suaminya itu. -SinarHarian

Tag : , , , , ,

Komen Anda..

-komen dengan berhemah. terima kasih.
-sila refresh page (F5) untuk komen terbaru..