Zuan Azmi digantung kerja gara-gara muatnaik gambar PM..

Pada: Isnin, 17 Ogos 2015
Akibat dari memuat naik satu gambar menghina Perdana Menteri, Najib Razak di Instagram, seorang wartawan dan juga Penolong Penerbit rancangan Melodi dikatakan telah digantung tugas.
Namun, menurut Free Malaysia Today, laporan pergantungan tugas ini masih belum disahkan secara rasmi oleh Media Prima.
Zuan Azmi atau Zuanbikinpanas sebelum ini telah memuat naik sekeping gambar Najib Razak yang telah diedit.

Bagaimanapun, beliau dengan segera meminta maaf atas kesilapannya itu.

Menurut Zuan juga, dia tidak terlibat dalam pengeditan gambar tersebut tetapi dia memperoleh gambar itu melalui Whatsapp.

Tag : , , , , ,

Komen Anda..

-komen dengan berhemah. terima kasih.
-sila refresh page (F5) untuk komen terbaru..