Zed Zaidi difitnah lesapkan RM4.8 juta, bukan RM2.6 billion!

Pada: Selasa, 18 Ogos 2015
Dengar khabar yang presiden SENIMAN, Zed Zaidi difitnah dengan wang berjumlah RM4.8 juta oleh Koperasi Pengiat Seni Selangor Berhad (KOSENI) kepada usahawan Industri Kecil dan Sederhana (IKS).

Zed berkata, dia tidak tahu langsung mengenai masalah tersebut dan tiada kaitan dengan pihak KOSENI seperti yang diperkatakan.

"Saya pernah menjadi penasihat KOSENI tetapi kontrak saya dah lama habis. Tiba-tiba keluar cerita saya ada kaitan dengan masalah usahan IKS yang belum mendapat bayaran mereka daripada KOSENI.

"Ini semua fitnah! Ada pihak mahu mensabotaj saya dengan memburukkan reputasi saya sebagai seorang selebriti dan Presiden Seniman," katanya.

Kira-kira dua minggu lalu, Seramai 38 usahawan IKS merayu kepada pihak berkuasa supaya mengambil tindakan sewajarnya bagi membantu menyelesaikan kemelut masalah mereka dengan KOSENI.

Usahawan-usahawan tersebut mendedahkan menerusi sebuah sidang media yang diadakan telah ditipu apabila semua barangan yang bernilai keseluruhannya RM4.8 juta tidak dibayar seperti yang dijanjikan dan tertulis di dalam kontrak perjanjian.

Menerusi sidang media berkenaan, nama Zed juga disebut sebagai antara pihak dibawah KOSENI yang kononnya 'membawa lari' wang tersebut.

Sementara itu, Zed berkata, selepas membuat beberapa penyiasatan, dia berjaya mengesan individu yang menyebarkan fitnah mengenainya. -mStar

Tag : , , , ,

Komen Anda..

-komen dengan berhemah. terima kasih.
-sila refresh page (F5) untuk komen terbaru..