Tip Tup, Mila AF bakal kahwin tahun ini dengan...

Pada: Khamis, 13 Ogos 2015
Mila Jirin dikatakan bakal mengakhiri zaman solonya tahun ini bersama pengurusnya sendiri, Isz Mustapha.

Berkongsi mengenai perkara itu, akui Mila, dia kini sedang sibuk menyelesaikan beberapa urusan perkahwinan.

"Insya-ALLAH, saya akan menamatkan zaman bujang tahun ini. Mengenai tarikhnya pula, insya-ALLAH bila kad kahwin sudah siap saya akan beritahu.

"Lagipun persiapan perkahwinan baru 20 peratus siap, setakat ini hanya kursus perkahwinan serta booking ballroom untuk majlis persandingan yang sudah diuruskan.

"Oleh kerana majlis perkahwinan saya nanti akan diuruskan oleh Bizmilla Catering, jadi saya tak risau dan meletakkan 100 peratus kepercayaan kepada Bizmilla Catering untuk menguruskannya,"

"Insya-ALLAH, selepas berkahwin saya akan teruskan hobi saya dan kerjaya saya sebagai anak seni.

"Bakal suami saya tidak pernah menghalang malah, sering memberi galakkan. Cuma mungkin saya akan hadkan dan menyaring dahulu program-program yang ditawarkan, " kata Mila. -HarianMetro

Tag : , , , , , ,

Komen Anda..

-komen dengan berhemah. terima kasih.
-sila refresh page (F5) untuk komen terbaru..