Sharifah Sakinah belum bersedia mahu anak sebab..

Pada: Ahad, 30 Ogos 2015
Menjadi kelaziman pasangan suami isteri, dikurniakan cahaya mata adalah rezeki yang ditunggu-tunggu oleh mereka. Berbeza pula dengan pelakon terkenal Sharifah Sakinah yang masih belum bersedia untuk menimang anak dan ingin fokus terhadap kerjayanya.

Kenyataan itu boleh dikatakan menyinggung segelintir pihak namun dia mempunyai alasan untuk membuat keputusan demikian.

“Saya faham, mungkin ada yang salah faham dengan apa yang saya kongsikan. Rezeki dikurniakan anak ini, kita tak boleh dirancang, kalau sudah ditakdirkan saya terima dengan hati yang terbuka.

“Antara faktor saya belum bersedia ialah, saya ingin meneruskan pengajian dan ingin belajar kursus kecerdasan di luar negara iaitu New York. Saya dijangka akan bertolak ke negara barat itu pada tahun hadapan sekitar bulan Mac selama 6 bulan,” kata Sakinah -Murai.com.my

Tag : , , , ,

Komen Anda..

-komen dengan berhemah. terima kasih.
-sila refresh page (F5) untuk komen terbaru..