Sekitar pernikahan Gjie 6sixth Sense (4 gambar)

Pada: Isnin, 17 Ogos 2015
Gitaris kumpulan 6ixth Sense, Gjie atau nama sebenarnya Mohd Faiz Azizi Arlis telah selamat bergelar suami kepada wanita pilihannya, Farah Nabila Selamat tepat jam 2.40 petang semalam di Dewan Serbaguna Avenue Court, Taman Sri Sentosa, Jalan Klang Lama, Kuala Lumpur.

Dengan mas kahwin sebanyak RM158.15, pengantin perempuan menerima lima dulang hantaran beserta wang hantaran berjumlah RM10,000.00. Sebagai balasan, pengantin lelaki menerima tujuh dulang hantaran. Antara barang hantaran yang diberikan adalah manisan, tas tangan, buah-buahan, set wangian dan kamera jenama GoPro. Majlis resepsi perkahwinan mereka pula bakal berlangsung pada 4 Oktober ini. -gambar Bharian | Murai


Tag : , , , , , , ,

Komen Anda..

-komen dengan berhemah. terima kasih.
-sila refresh page (F5) untuk komen terbaru..