Sah Diana Danielle kini hamil, usianya...

Pada: Khamis, 13 Ogos 2015
Alhamdulillah, perkhabaran berita sebelum ini yang menyatakan Diana Danielle berbadan dua akhirnya benar. Ini disahkan lagi oleh suami beliau, Farid Kamil yang mengesahkan Diana kini hamil 5 bulan anak ke-2 mereka.

Farid juga memberitahu keadaan Diana kini sihat dan difahamkan tidak banyak membuat aktiviti luar dan seumpamanya.

“Saya bukan ada niat untuk merahsiakan, saya lebih kepada diam-diam ubi berisi. Dah sampai masanya baru saya umumkan kepada semua termasuk media.

“Anak saya Muhammad antara yang paling gembira sekali apabila dia dapat tahu yang dia akan dapat adik.

“Dia selalu cium-cium perut ibunya sambil menyebut ‘nak kiss baby’. Untuk diri saya pula, syukur Alhamdulilah, keluarga saya semakin membesar dan soal baby lelaki atau perempuan saya serah kepada Allah.

“Saya dan Diana memang mengambil keputusan tidak akan membuat sesi imbasan bayi (scan) untuk mengetahui apakah jantinanya,” -Farid Kamil petikan portal Murai

Tag : , , , , , ,

Komen Anda..

-komen dengan berhemah. terima kasih.
-sila refresh page (F5) untuk komen terbaru..