Raja Ilya dibenci dan dibaling dengan kerusi sebab.. (5 gambar)

Pada: Selasa, 11 Ogos 2015
Biarpun dibenci dan diugut akan dibaling dengan kerusi namun pelakon Raja Ilya tetap gembira dan bersyukur dengan situasi yang berlaku terhadap dirinya. Menurut pemilik nama Raja Ramilah Begum Raja Mohamad ini, dia menerima positif perkara tersebut dan menganggap lakonannya sebagai Che Alin dalam drama ‘Syurga Nur’ yang sedang ditayangkan di slot Akasia TV3 itu sebagai satu kejayaan kerana dapat meninggalkan kesan di hati penonton serta diterima ramai.

“Saya sering membawa watak antagonis namun dalam drama ini, watak antagonis yang dibawa agak berbeza daripada apa yang pernah saya lakonkan sebelum ini. Penerbit Sheila Rusly juga meminta saya untuk memberikan kelainan bagi watak Che Alin dan karektor tersebut memang berbeza kerana ia watak jahat yang perlu banyak menangis,”

“Boleh dikatakan separuh Malaysia benci watak saya di mana ada yang pernah komen di media sosial yang mereka sekeluarga rasa nak campak kerusi depan televisyen apabila tengok Che Alin. Saya hargai komen penonton kerana mereka selalu sebut benci Che Alin. Mereka tidak sebut mereka benci saya tapi mereka benci dengan watak saya.

“Bagi saya, watak Che Alin memang meninggalkan kesan kerana apabila pergi ke mana-mana majlis pun, mereka akan jerit Che Alin. Malah, sewaktu balik kampung ketika sambutan raya hari itu, anak-anak buah semua turut cakap, ‘Ini Makcik Alin kan, yang jahat dan suka cubit budak-budak tu.’ Bagi saya, ini satu benda yang positif namun pada masa sama, saya rasa sangat kelakar,”
Selain Raja Ilya, drama terbitan JS Pictures ini turut dibintangi oleh Janna Nick, Amar Asyraf, Azrel Ismail, Sheila Rusly, Dayana Roza, Erwin Dawson, Khairil Anwar Aman, Anne Abdullah, Shajiry dan Shahrol Nizam. Jangan ketinggalan untuk menyaksikan ‘Syurga Nur’ di slot Akasia TV3 pada setiap Isnin hingga Khamis, jam 6.55 petang. -petikan portal TonTon

Tag : , , , , , , ,

Komen Anda..

-komen dengan berhemah. terima kasih.
-sila refresh page (F5) untuk komen terbaru..