Punca utama kenapa mikrofon Ziana Zain terbang...

Pada: Rabu, 19 Ogos 2015
Inilah dia sebab utama kenapa video di Fesyen Week Kuala Lumpur baru-baru ini yang manjadi viral disebabkan mikrofon terbang oleh Ziana Zain.

Ziana juga beranggapan apa yang terjadi itu adalah sebagai 'drama lucu' sepanjang karier nyanyiannya.
"Rasa kelakar pula. Semua sebab losyen tangan. Pada penghujung nyanyian ketika menyampaikan lagu XO (nyanyian asal, Beyonce), saya mahu angkat tangan, tetapi mikrofon pula yang terpelanting.

"Selamat saya tak jatuh. Tetapi ketika kejadian itu, semua orang berdiri dan bersorak. Tetapi itulah, pakai losyen atau tidak, jika sesuatu nak terjadi, ia tetap akan terjadi," -Kata Ziana memetik laporan mStar semalam.
Dalam video itu juga, Ziana bersikap professional dimana Ziana mengambil semula mikrofon berkenaan dan mengakhiri persembahannya dengan penuh yakin sambil memberi ucapan 'That's it, Thank You!'.

Tag : , , , ,

Komen Anda..

-komen dengan berhemah. terima kasih.
-sila refresh page (F5) untuk komen terbaru..