Program Da'i Milenia ke-3 dikecam dan ada perbuatan 'haram'

Pada: Selasa, 18 Ogos 2015
Rancangan realiti Da’i Milenia Musim Ketiga terbitan TV3 dikatakan sudah terkeluar bukan saja daripada daripada batas susila budaya, malah terkeluar daripada batas-batas Islam, sedangkan pesertanya adalah individu yang bakal digelar ‘Pendakwah Milenia’.

Ismaweb.net telah menerima beberapa e-mel dan maklumat daripada orang ramai yang terkejut selepas mereka menonton Episod Pertama yang disiarkan oleh stesen televisyen TV3 hujung minggu lalu.

Sementara memuji usaha TV3 dalam melaksanakan rancangan berbentuk keagamaan bagi melahirkan lebih ramai pendakwah, mereka juga kesal dengan beberapa acara yang disediakan untuk diikuti oleh peserta Da’i Milenia Musim Ketiga itu.


Antaranya yang bertentangan dengan tata susila dan suruhan agama yang disiarkan semalam ialah:

1. Batas-batas pergaulan tidak dijaga;
2. ‘Wargame’ bercampur antara peserta lelaki dan wanita;
3. ‘Pumping’ lelaki dan wanita dilakukan sebelah menyebelah;
4. Para daieyah kurang menjaga adab, menjerit-jerit ketika ‘wargame,;
5. Latihan kawat dilakukan sebelah menyebelah tanpa jarak;
6. Daieyah membuat sesi meluah perasaan mengenai cinta yang tidak kesampaian; dan
7. Kaki da’i dan daieyah diikat bersama ketika program ‘explorace’ atas alasan denda.

Janganlah asbab program itu merupakan program TV dan itu hanyalah permainan, maka dihalalkan ikhtilat yang hukumnya adalah haram kalau tiada bersebab. -ismaweb.net

Tag : , , , , , ,

Komen Anda..

-komen dengan berhemah. terima kasih.
-sila refresh page (F5) untuk komen terbaru..