PANAS! Tasha Shila tampar bekas kekasih, laporan polis dibuat..

Pada: Ahad, 30 Ogos 2015
Tasha Shilla tampar dan tendang Ex BF Han di kelab malam
Satu laporan polis yang didakwa dibuat oleh Han Wong iaitu bekas teman lelaki Tasha Shilla telah tersebar yang mendedahkan pelakon wanita itu telah menyerang pemuda berkenaan di sebuah kelab.

Laporan polis yang tersebar selepas ia dimuat naik pemilik Instagram yang dipercayai teman wanita baru Han (Carmen Emirda - gambar di atas) antara lain mendakwa, Han telah ditampar oleh Tasha di sebuah kelab hiburan di Jalan Ampang dekat sini awal pagi Jumaat.

Laporan itu yang dibuat di Ibu Pejabat Polis Dang Wangi turut menyebut, kejadian berpunca daripada salah faham antara Han dan Tasha.

Han dalam laporan itu mendakwa ketika mendekati Tasha di kelab yang sama untuk bersalaman dengannya, Tasha tidak mengendahkan dia tetapi datang ke mejanya lalu menampar dan menedang dia.

Menerusi laporan itu juga turut menyebut Han tidak bertindak balas kerana Tasha dikatakan berada dalam pengaruh arak.

Laporan polis itu juga menyatakan orang ramai telah membantu untuk mengelakkan kejadian lebih besar termasuklah menyimbah muka Tasha dengan air dan pengawal keselamatan menghalaunya keluar.

Selepas kejadian, Han dalam laporan itu mendakwa lebih 30 hingga 40 orang datang menyerangnya dan teman.

Selain laporan polis itu, pemilik Instagram yang menggunakan nama Carmen Emirda turut memuat naik gambar Han di balai polis selain beberapa status yang menuduh Tasha menganggu percintaan mereka. -mStar

Tag : , , , , , ,

Komen Anda..

-komen dengan berhemah. terima kasih.
-sila refresh page (F5) untuk komen terbaru..