Nora Danish, Nedim sah putus cinta..

Pada: Selasa, 25 Ogos 2015
Luahan Nora Danish Putus Cinta Dengan Nedim Nazri
Khabar angin mengenai status percintaan antara Nora Danish dan Nedim Nazri yang menjadi tanda tanya sejak beberapa minggu lalu akhirnya terjawab apabila aktres tersebut mengesahkan perhubungan mereka sudah berakhir.

Nora atau nama sebenarnya Nora Danish Mohd Hanif, 34, berkata, dia dan anak kepada Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Mohamad Nazri Abdul Aziz itu membuat keputusan tersebut atas persetujuan dan kebaikan bersama memetik MStar.
“Hmm… Kami mengambil keputusan mahu berpisah atas kebaikan bersama. Itu sahaja. Lagipun cinta tidak semestinya dimiliki,” katanya yang dihubungi mStar Onlinepada Ahad.
Persoalan mengenai status perhubungan pasangan  itu menjadi bualan ramai apabila sejak beberapa minggu lalu Nora mahupun Nedim langsung tidak memuat naik foto  bersama di laman Instagram masing-masing.

Malah Nedim juga tidak memuat naik foto Nora dengan kapsyen-kapsyen romantis seperti yang sering dilakukannya sebelum ini.

Sebaliknya, masing-masing mengambil pendekatan memuat naik status motivasi diri selain Nora bercuti ke Bali, Indonesia bersama keluarganya, tanpa Nedim.

Bagaimanapun, ditanya lebih lanjut punca perpisahan berlaku, Nora mengambil pendekatan untuk tidak mengulas lanjut tentang perkara itu.

“Itu sahaja yang boleh saya jelaskan kepada semua. Tak nak cerita panjang-panjang,” ujarnya.

Tag : , , , ,

Komen Anda..

-komen dengan berhemah. terima kasih.
-sila refresh page (F5) untuk komen terbaru..